Skuad karate-do negara menerima tamparan dalam persiapan memburu tiket Sukan Olimpik Tokyo Julai omo apabila khidmat jurulatih, Ali Reza Souleymani tidak dilanjutkan.

Pengendali kelahiran Iran itu dijadual pulang ke Iran, Ahad ini selepas gagal memuaskan hati Persekutuan Karate-do Malaysia (MAKAF).

"Pihak persatuan telah diambil bagi memastikan untuk mendapatkan khidmat jurulatih baru bagi menghadapi saingan akan datang," kata Pengarah Bahagian Persediaan Atlet Majlis Sukan Negara (MSN), Jefry Ngadirin.

"Ia diharap akan memastikan atlet negara dapat membuat persiapan ke peringkat lebih tinggi."