KOM ikrar bantu atlet olahraga tempah tiket Sukan Olimpik Tokyo

Oleh Staff Writer 10 Julai 2020 54
 KOM ikrar bantu atlet olahraga tempah tiket Sukan Olimpik Tokyo
Skuad olahraga negara masih mempunyai Nauraj Singh Randhawa bagi menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan oleh Lee Hup Wei untuk mengharumkan nama negara menerusi acara lompat tinggi. 

Rakan sepasukannya itu memberi bayangannya untuk bersara selepas tamat temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 menerusi ketua jurulatih olahraga negara, Mohd Manshahar Abdul Jalil, kepada wartawan Nadi Arena, Syakirah Zulkifly.

Semalam, Hup Wei menyatakan kepada Nadi Arena bahawa Sukan Olimpik Tokyo tahun depan berkemungkinan menjadi penampilannya yang terakhir.

"Tidak banyak beza prestasi di antara mereka berdua, ini kerana Hup Wei pernah beraksi dalam Kejohanan Dunia 2019 dan mendapat tempat kelapan manakala Nauraj adalah pemegang rekod kebangsaan (2.30m)," katanya di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, hari ini. 

Tambah Manshahar, atlet yang berusia 28 tahun itu hanya beberapa langkah sahaja untuk menghampiri prestasi Hup Wei sambil menjelaskan bahawa luahan kekecewaan mereka itu hanyalah salah faham.

Perkara itu sudah mencapai jalan penyelesaian di antara persatuan dan barisan atlet dalam Mesyuarat Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) hari ini. 

"Tiada halangan untuk seseorang atlet itu melayakkan ke Sukan Olimpik dan dengan segala kelengkapan, kemudahan dan perancangan jurulatih untuk mereka menghadapi kejohanan besar bagi melayakkan diri.

"KOM dan MSN akan terus memberi sokongan untuk atlet layak ke Sukan Olimpik."


 

Tentang Penulis

Staff Writer

Comment