Khabib secara mengejut mengumumkan persaraannya selepas menewaskan Justin Gaethje untuk mempertahankan gelaran lightweight dalam pertarungan UFC 254 pada Oktober tahun lalu, yang turut melebarkan rekodnya kepada 29-0.
Sebelum ini, White kekal berharap agar Khabib dapat kembali ke gelanggang UFC dengan berkata jaguh Russia itu akan mencuba untuk mencapai rekod 30-0.
Tetapi White menamatkan harapannya itu dengan satu ciapan Twitter semalam.
29-0 it is.
— danawhite (@danawhite) March 19, 2021
He is ? officially retired. It was incredible to watch you work @TeamKhabib thank you for EVERYTHING and enjoy whatever is next my friend. pic.twitter.com/QeoSP12zw2
Di samping gambarnya bersama Khabib, dia menulis: "Ia adalah 29-0.
"Dia sudah bersara secara rasmi. Ia sesuatu yang luar biasa untuk melihat anda bekerja @TeamKhabib.
"Terima kasih di atas segala-galanya dan nikmatilah apa yang akan tiba seterusnya sahabatku."