Jangan putus harapan -- Bryan

Oleh Ammar Hakim 16 Januari 2021 83
Jangan putus harapan -- Bryan
Bekas penerjun negara, Bryan Nickson Lomas, mahu atlet negara meneruskan persiapan bagi memburu tiket atau beraksi dalam Sukan Olimpik Tokyo.

Status temasya Julai ini masih jadi tanda tanya ekoran peningkatan kes Covid-19.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa akan mengadakan taklimat dengan semua 206 ahli gabungan seluruh dunia 22 Januari ini untuk menerangkan status penganjuran temasya sukan terbesar dunia itu.

"Semestinya keadaan semasa memberikan impak kepada mentaliti atlet yang sedang membuat persiapan menghadapi Sukan Olimpik serta yang sedang memburu kejohanan tersebut," katanya.

"Ketika status temasya tersebut masih lagi menjadi tanda tanya, saya berasakan bagi atlet, mereka perlu terus menjalani latihan, membuat persiapan kerana masih terdapat kejohanan lain yang masih dapat disertai bagi tahun ini."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Comment