Harrif Salleh cerita pengalaman langgar lubang ketika banjir 

Oleh Shaiful Shamsudin 4 Disember 2020 241
Harrif Salleh cerita pengalaman langgar lubang ketika banjir 
Pelumba berbasikal lebuh raya, Mohd Harrif Salleh, sanggup berlatih dalam keadaan banjir di Kuala Terengganu demi mengekalkan tahap prestasinya.

Pakar pecut Terengganu Cycling Team (TSG) itu berkongsi kisah menarik dengan wartawan Astro Arena, Bazly Azmi, mengenai insiden ketika meredah banjir apabila tayar tersangkut di dalam lubang.

"Setahun sekali apabila tiba musim monsun sekitar Disember, jalan di Pantai Timur biasanya (akan digenangi air jadi) jadi kami dapat bermain air berbanding negeri lain.

"Kami tetap perlu berkayuh. 

"Teringat zaman kanak-kanak berkayuh di dalam air dan dapat jumpa kawan pula, itu yang jadi suka main air (suasana meriah).

"Dalam latihan baru-baru ini (berlaku kemalangan kecil), saya tidak tahu ada lubang lalu tergelincir. Rakan-rakan TSG kemudian gelakkan saya," katanya ketika dihubungi. 

Harrif juga menasihati masyarakat agar berwaspada dan sentiasa mengutamakan keselamatan ketika berkayuh.

"Pesan saya kepada adik-adik yang berada di luar sana, mereka perlu lihat keadaannya dulu.

"Kalau berkayuh dalam air, perlu ditemani kawan-kawan dan perlu tahu laluannya. 

"Topi kaledar juga penting ketika berkayuh ini," katanya. 
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Comment