Roger Federer menarik diri daripada Terbuka Australia ketika pemenang grand slam 20 kali itu dalam usaha mendapatkan semula tahap kecergasan terbaiknya berikutan kecederaan lutut yang dialami sebelum ini.

Federer tidak beraksi sejak tewas kepada Novak Djokovic dalam separuh akhir Terbuka Australia tahun ini, selepas dua kali menjalani pembedahan lutut sejak pertandingan tersebut.

Bintang Switzerland berusia 39 tahun itu tidak ke Melbourne untuk Terbuka Australia 2021, yang bakal bermula 8 hingga 21 Februari.

"Roger mengambil keputusan untuk tidak mengambil bahagian dalam Terbuka Australia 2021. Dia sedang mempertingkatkan tahap kecergasannya berikutan pembedahan lutut sebelum ini," kata ejennya, Tony Godsick.

"Namun, setelah berunding dengan pasukannya, dia memutuskan bahawa keputusan terbaik untuknya dalam jangka panjang adalah kembali ke tenis yang kompetitif setelah Terbuka Australia.

"Saya akan memulakan perbincangan minggu ini untuk kejohanan yang bermula pada akhir Februari dan kemudian mula membina jadual untuk sepanjang tahun ini."

Federer merupakan juara enam kali Terbuka Australian, kali terakhir meraihnya pada tahun 2018.