Dhabitah buru slot ke Piala Dunia

Oleh Ammar Hakim 6 Mac 2020 186
Dhabitah buru slot ke Piala Dunia
Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri, tidak gentar berdepan cabaran dua penerjun senior menjelang sesi pemilihan skuad negara, hujung bulan ini untuk mewakili Malaysia dalam Piala Dunia Tokyo selaku kelayakan terakhir Sukan Olimpik.

Dhabitah akan berdepan cabaran Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil bagi sesi pemilihan antara 27 atau 28 Mac ini.

Apa yang menarik, penerjun berusia 21 tahun itu akan menggunakan darjah kesukaran sama seperti ketika layak ke final 10 meter individu platform Sukan Olimpik Rio 2016.

"Semua perkara harus diambil serius dan ini adalah peluang yang saya ambil untuk melayakkan diri ke Piala Dunia," kata Dhabitah.

Pandelela sudah layak ke Sukan Olimpik Tokyo namun tetap mahu menyertai Piala Dunia sementara Jun Hoong masih berlatih di China.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Comment