Ragbi Amerika Syarikat (AS) telah memfailkan notis kebankrapan ketika dunia sedang sibuk memerangi penularan wabak koronavirus baru (Covid-19).

Dalam satu kenyataan semalam, Ragbi AS berkata kesan pandemik itu telah mempercepatkan masalah kewangan yang sedia ada selepas memfailkan notis bankrap.

Ragbi AS menggantung sebarang saingan dan aktiviti pada 20 Mac lalu akibat krisis koronavirus.

Selepas mengumumkan kerugian besar dan kehambaran beberapa kejohanan, penangguhan itu mendorong pelabur dan penaja untuk menarik diri kerana pembatalan aktiviti musim panas.

Kesatuan Amerika akan melakukan proses penstrukturan semula menerusi panduan daripada Ragbi Dunia manakala pasukan kebangsaan lelaki dan wanita AS akan terus bersaing seperti biasa sebaik saingan kembali bersambung.

"Ini adalah tempoh yang paling mencabar yang pernah dihadapi oleh organisasi ini dan kesemua jalan penyelasaian tidak pernah diambil ringan sebelum kami mencapai peringkat ini," kata Pengerusi Ragbi AS, Barbara O'Brien.

"Walaupun keadaan semasa sudah tentu jauh lebih penting daripada ragbi, kami tetap mahu memberi tumpuan kepada pihak berkepentingan termasuk penyokong dalam usaha berterusan ke arah membina komuniti ragbi yang seimbang untuk membolehkan sukan ini terus berkembang."

Di peringkat global, terdapat lebih 37,700 kematian dan sekurang-kurangnya 784,380 kes Covd-19 telah disahkan.

Di AS sahaja, pandemik itu telah meragut lebih 3,100 nyawa selain 163,400 kes yang sedang menghadapi.