Cabaran Kembara Ruhiang-Kiulu edisi ketujuh akan berlangsung 9 Februari depan di Bukit Ruhiang Kiulu, Tamparuli.

Kejohanan anjuran bersama Casero Events dan Pejabat Daerah Kecil Tamparuli itu akan mempertandingkan empat kategori larian sejauh 12 kilometer iaitu terbuka lelaki, terbuka wanita, lelaki dan wanita veteran (40 tahun ke atas).

Selain itu, turut dipertandingkan ialah acara berbasikal sejauh 30 kilometer yang dibahagikan kepada kategori terbuka lelaki, terbuka wanita dan lelaki veteran (40 tahun ke atas).

"Kejohanan yang dianjurkan sejak 2011 ini bukan sahaja mendapat penyertaan ramai setiap tahun, malah turut mempromosikan Kiulu dan Tamparuli sebagai pusat pelancongan menarik," kata pengarah urusan Casero Events, Steve Johnny Mositun.