Petinju negara, Adli Hafidz yang baru pulih daripada menghidap batu karang telah memulakan latihan untuk persiapannya merebut tali pinggang WBC Asia Continental kategori super middleweight yang dijadualkan berlangsung hujung tahun ini.

"Keadaan saya semakin baik, saya perlu bermula daripada petak pertama sejak keluar daripada hospital. Saya menjalani latihan intensif di rumah bagi mendapatkan semua tahap fizikal yang terbaik," kata Adli.

"Bagi tahun 2021, saya mahu memastikan kejuraan WBC Asia Continental ini memastikan sasaran saya dapat terus bertanding di peringkat antarabangsa."