Balamurugan jangka Azreen Nabila sembuh menjelang aksi bulan depan 

Oleh Shaiful Shamsudin 14 April 2021 147
Balamurugan jangka Azreen Nabila sembuh menjelang aksi bulan depan 
Jurulatih olahraga, M. Balamurugan, menjelaskan Azreen Nabila Alias tidak dilanda kecederaan serius ketika mengungguli acara 100 meter wanita dalam Kejohanan Grand Prix (GP) Olahraga Malaysia minggu lalu.

Pelari berusia 21 tahun itu dilihat sebagai prospek buat negara untuk memberikan cabaran dalam Sukan SEA Hanoi, November depan.

Namun, kecederaan hamstring atlet wanita terbaik sukan Malaysia (Sukma) 2018 itu tidak serius dan dia dijangka akan kembali beraksi dalam masa terdekat.

"Saya jangka dia akan bertanding dalam Perak All-Comers pada hujung bulan depan, iaitu seminggu sebelum Terbuka Malaysia yang berlangsung 11-33 Jun,"  kata jurulatih itu kepada wartawan Astro Arena, Izwan Mohd Nor.

 

2nd Malaysian Open Grand Prix 2021 Stadium Mini MSN, Kuala Lumpur 100M Wanita Gold - Azreen (P) - 12.00 Silver - Komalam (PRK) - 12.01 Bronze - S.Fatimah (JOH) - 12.12 📸 MySukan TV #KontinjenMALAYSIA

Posted by Majlis Sukan Negara Malaysia on Saturday, April 10, 2021


Dalam masa sama, Balamurugan lega dengan prestasi Azreen Nabila baru-baru ini.

Dia menepati ramalan untuk muncul sebagai pemenang acara 100m wanita itu dengan catatan 12 saat.

"Dia mempamerkan peningkatan. Dia mampu melakukan catatan 11.58 saat. 

"Lagipun dia masih berumur 21 tahun, kami ada perancangan jangka masa panjang untuknya jadi dia ada banyak masa lagi."
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Comment