Selepas cadangan skim pencen atlet, cadangan untuk mewujudkan caruman seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan juga Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Kelmarin, Kementerian Belia & Sukan (KBS) mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara (MSN). Difahamkan, KBS dalam mesyuarat itu mengutarakan usul skim caruman KWSP dan PERKESO buat atlet.

Usaha untuk mendapatkan pengesahan daripada KBS dan MSN mengenai perkara tersebut tidak berhasil kerana mungkin apa yang dibangkitkan itu hanya satu perbincangan.

Banyak perkara yang perlu diperhalusi dan pertimbangkan sebelum ia menjadi satu kenyataan.

"Sebaik bersara, maka KWSP akan sangat membantu buat kami pada masa akan datang.

"Semua atlet patut dapat, bergantung kepada elaun mereka.

"Juara Sukan SEA juga sepatutnya disenaraikan," kata atlet karate lelaki negara, R. Sharmendran.

Sebelum ini, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengusulkan Skim Pencen Atlet Olimpik diperluaskan kepada semua atlet yang pernah beraksi dalam Sukan Komanwel.