RM5,000 menjadi bidaan tertinggi dibuat pemain ragbi Malaysia, K. Dineshwaran,ke atas sarung tangan milik juara One Championship, AJ Alias Mansor, yang diberi jolokan AJ Pyro.

Ia merupakan satu usaha bagi mengumpul dana untuk membantu dua pemain ragbi negara yang kini terlantar di hospital.

AJ yang pernah meraih tali pinggang juara kategori featherweight pada 2015 tidak menyangka sahabat lamanya, Dugro akan menjadi pemenang bidaan itu.

Ia merupakan misi mencari dana untuk membantu dua pemain, Mazlan Ismail, ditimpa penyakit angin ahmar sementara Jerome Carrouee pula dilanggar ketika ingin pulang ke rumah bulan lalu.

"Dalam keadaan sekarang, nak buat apa kalau tidak tolong orang yang betul-betul memerlukan.

"Saya akan simpan sarung tangan ini ke dalam bingkai sebagai kenangan," kata pemain Hino Red Dolphins itu.


Sekitar aksi latihan berpusat Skuad Ragbi Wanita 7 sebelah kebangsaan secara kuarantin di Majlis Sukan Negara. Majlis Sukan Negara Malaysia Institut Sukan Negara Malaysia

Posted by Malaysia Rugby Union on Tuesday, January 26, 2021



Bidaan yang bermula 23 dan tamat pada 27 Januari itu menyaksikan pelbagai individu tampil merebut memorabilia berkenaan untuk koleksi sebanyak RM11,086.84.

"Saya sangat terharu.

"Sarung tangan ini masih dalam keadaan baik dan akan dihantar ke keluarga Dugro di Kedah," yang turut menghadiahkan sesuatu yang istimewa kepada pembida yang lain.

Pemain kebangsaan itu turut menjelaskan dia tidak hadapi masalah untuk mendapatkan pelepasan daripada kelabnya yang berpangkalan di Tokyo bagi persiapan skuad kebangsaan untuk menghadapi Kejohanan Ragbi Asia (ARC), Jun depan.

Namun, berbanding sebelum ini, dia berkemungkinan tidak dapat menyertai sesi penuh kem latihan pusat kebangsaan kerana bakal bertembung dengan jadual liga tertinggi Jepun yang bermula 20 Februari depan.

"Kejohanan di sini beberapa kali telah ditunda, saya tidak pasti musim ini akan berakhir.

"Saya tidak mahu terlepas peluang menyertai pasukan kebangsaan, saya akan sertai secepat mungkin.

"Selalunya atlet kebangsaan boleh dapat pelepasan," katanya.

Skuad 15s Malaysia bawa misi penting di dalam usaha untuk mengekalkan kedudukan ranking dunia, yang kini berada di tangga ke-49 dunia.