Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Faedzal Md Ramli, atas lanjutan khidmatnya sehingga 2023.

Bagaimanapun, Ahmad Faedzal yang sudah bersama badan induk itu sejak awal tahun 2019 lalu, bersedia untuk meneruskan beberapa perancangan dan hala tuju ISN.

"Terima kasih kepada kepimpinan KBS (Kementerian Belia dan Sukan) atas kepercayaan untuk menyambung perkhidmatan saya di ISN selama dua tahun lagi.

"Ini satu cabaran buat saya dan ISN untuk memastikan keberhasilan projek yang telah digariskan sejak dua tahun lalu.




"Yang pertama, basikal (yang akan digunakan) Azizulhasni Awang di bawah projek ISN sendiri yang dilaksanakan tiga tahun lalu.

"Pastinya ISN teruja untuk menyaksikan persembahan Azizul bersama basikal terbaru itu.

"Saya berharap rakyat Malaysia mendoakan kejayaannya dan juga membuktikan keberkesanan ISN dan sains sukan dalam hal ini," katanya ketika ditemu bual Nadi Arena hari ini.

Selain itu, Faedzal turut menjelaskan Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo bakal menjadi medan ujian buat program yang dikendalikan ISN.