Sambutan ulang tahun bertukar tragedi buat atlet 100 meter berpagar wanita negara, Raja Nursheena Raja Azhar, apabila terpaksa menjalani pembedahan lutut 'anterior cruciate ligament' (ACL).



"Rasa sedih itu ada kerana hari lahir sepatutnya disambut sebaliknya saya perlu menjalani pembedahan.

"Tetapi saya percaya ia untuk kebaikan sendiri dan jika ia tidak dilakukan, ia akan mendatangkan kesan yang lebih buruk," katanya.

Lebih memeritkan, atlet berumur 29 tahun itu tidak tergolong dalam Program Podium oleh Majlis Sukan Negara (MSN) selepas 10 tahun bersama skuad kebangsaan.

Namanya tercicir berikutan kegagalannya meraih sebarang pingat dalam penampilan Sukan SEA Filipina tahun lalu.