Putrajaya Cyborg mempunyai kelebihan apabila menjalani latihan tertutup bersama pasukan Divisyen Perdana, KL Thunders.

Selepas dilabel antara pencabar bagi Liga Sepak Takraw (STL) Divisyen 1 yang bakal memulakan saingan 8 September ini, Putrajaya Cyborg mengasah taring dengan mengadakan persiapan bertemu lawan yang dibarisi beberapa bintang seperti Syahir Rosdi, Hanafiah Dollah dan Amirul Zazwan Amir.

"Kami dapat banyak manfaat ketika berlatih bersama-sama.

"Mereka pemain ternama dan anak buah saya dapat menimba pengalaman menerusi kelebihan-kelebihan yang KL Thunders miliki," kata jurulatih Putrajaya Cyborg, Khairul Baharin Abdul Rahman.

Putrajaya Cyborg diundi dalam Kumpulan B di samping Bomba Fighters, PSM Mavericks dan Kedah Eagles sementara Kumpulan A disertai Terengganu Turtles, MASUM-UPM Knights, Perlis Vipers dan Melaka Titans.