Skuad sepak takraw kebangsaan mengambil kesempatan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang ketika ini dengan mengadakan Kejohanan Liga Dalaman Siri Kedua.

Kebiasaannya, waktu-waktu sebegini mereka akan terbang ke Fashion Island, Thailand, untuk beraksi dalam Kejohanan Piala Raja Thai.

Dalaman kejohana simulasi ini Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, itu pelatih kem kebangsaan dibahagiakan kepada lapan pasukan dan beraksi dengan format liga sepusingan -- setiap pasukan dinamakan sempena tokoh ilmuwan islam.

Selepas tiga hari bertarung, regu sempena ilmuwan matematik, Al. Biruni, yang dibarisi gandingan senior dan muda seperti Hafizul Hayazi, Farhan Adam Najimi Syahfiq dan Haziq Hairul Nizam berjaya mengalahkan tujuh lagi regu untuk menduduki tangga teratas.

Ia dianggap sebagai pelantar buat pemain mengekalkan prestasi seandainya Liga Sepak Takraw (STL) kembali semula selepas tamat PKPB Isnin ini.

"Prestasi pemain menunjukkan peningkatan.

"PSM (Persatuan Sepaktakraw Malaysia) menekankan aspek prestasi bulanan jadi menerusi ujian ini, kamai dapat menilai kesungguhan dan persaingan positif dalam kalangan pemain, " kata ketua jurulatih negara, Rashidi Nordin.


Saingan Liga Premier STL2020 akan ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Harap semua peminat dapat bersabar dan terus menyokong STL2020 #INIMILIKKITA #STL2020

Posted by SepakTakraw League on Monday, October 12, 2020


Apit kanan, Farhan, pula berpendapat penganjuran seperti ini memberi peluang kepada pemain mengembalikan suasana kompetitif.

"Pemain berpeluang untuk beraksi sebab sudah agak lama hanya berlatih.

"Walaupun sekadar berlawan sesama sendiri, ia boleh memberi kelainan berbanding latihan," katanya.