Gilberto senjata baru Felda United

By Staff Writer 2 March 2018 1252
Gilberto senjata baru Felda United
Enam gol dalam empat perlawanan sudah cukup untuk menceritakan kehebatan Gilberto Fortunato yang semakin selesa bersama Felda United selain mengakui ia satu situasi yang cukup berbeza ketika dia bersama PKNP FC, musim lalu.

Tatkala banyak perhatian diberikan kepada tenaga import lain seperti Thiago Augusto, kelibat Gilberto setakat ini lebih memikat di pentas Liga Perdana.

Hatrik yang dicatat ketika membenam PDRM serta kemampuan menjaringkan gol dalam tiga aksi terakhir nyata menjadikan dirinya sebagai senjata terbaru Felda.

Penyerang dari Brazil itu menyifatkan kehadiran ramai pemain berkualiti di jentera serangan telah memberikannya lebih banyak kebebasan di kawasan lawan.

"Sebenarnya segalanya berbeza. Taktikal yang lain, jurulatih dan pemain juga lain. Saya tidak katakan PKNP tidak bagus tetapi ia memang berbeza. Kali ini saya lebih dekat dengan gol," katanya.

Pentas Piala FA cukup penting buat Gilberto, tambahan pula pihak pengurusan meletakkan sasaran satu kejuaraan daripada kejohanan itu atau Piala Malaysia pada musim ini, selain Liga Perdana.

"Kini kami semakin yakin kerana memenangi semua perlawanan tetapi dalam masa sama, perlu menghormati lawan. Aksi menentang Felcra dalam Piala FA adalah seimbang kerana kedua-dua pasukan ingin menang," tambahnya.

 

About Author

Staff Writer

Comment