Pasukan ZK Racing mengambil inisiatif yang unik iaitu mengadakan kelas komunikasi buat pelumba dan kru mereka.

Kelas ini disertai oleh barisan pelumba seperti Adam Norrodin, Danial Syahmi Ahmad Shahril, Syariffudin Azman dan Shahrul Ezwan dalam meningkatkan kebolehan berkomunikasi dengan pihak media dan penaja.

"Program ini sebenarnya dikhususkan untuk pelumba tetapi saya sendiri tidak pernah mengikuti program seperti ini, saya dengan secara sukarela untuk meningkatkan karier saya sebagai pengurus," kata pengurus pasukan, Muhammad Zulfahmi Khairuddin.

Cara berkomunikasi adalah penting dari segi kehidupan seharian dan juga didalam perlumbaan bersama pasukan. Didalam...

Posted by ZK Racing on Monday, December 7, 2020



Pelumba, Shahrul Ezwan, pengetahuan baru ini membuatkannya lebih peka ketika cuba meluahkan pandangan kepada media khususnya.

"Saya boleh perbaiki diri ketika di depan kamera. Berasa selesa dan mesra ketika diwawancara," katanya.