F1: Hamilton akhiri perlumbaan dramatik dengan kemenangan

By Ammar Hakim 29 March 2021 805
F1: Hamilton akhiri perlumbaan dramatik dengan kemenangan
Lewis Hamilton berjaya menyerap tekanan Max Verstappen bagi memulakan kempen mempertahankan gelaran Formula Satu dengan kemenangan dramatik di Grand Prix Bahrain.

Verstappen daripada pasukan Red Bull mengejar pelumba Mercedes, Hamilton, sepanjang saingan tetapi strategi perhentian pit menjadi pemisah kedua-dua pasukan apabila pelumba kelahiran Britain itu berjaya menamatkan perlumbaan selaku pemenang.

Selepas ketinggalan sembilan saat ketika perhentian pit terakhir di belakang Hamilton, pelumba yang bermula di petak pertama, Verstappen, mengorak langkah ketika perlumbaan berbaki empat pusingan.

Namun dia terpaksa memberikan kedudukannya kepada Hamilton selepas melintasi had trek, dan Verstappen gagal mencari peluang untuk melintasi juara bertahan itu buat kali kedua, Red Bull dikecewakan ketika Hamilton menamatkan perlumbaan sulung buat pertama kali sejak 2015.
 

 

About Author

Ammar Hakim

Comment