Pelumba negara, Adam Norrodin, meraih kedudukan podium keduanya dalam kategori Moto2, Kejuaraan Motosikal Eropah CEV apabila menamatkan perlumbaan pusingan kedua di Litar Ricardo Tormo, Sepanyol di tempat ketiga sebentar tadi.

Selepas melakukan perkara sama dalam perlumbaan pertama di Litar Estoril bulan lalu, pelumba pasukan Liqui Moly Intact SIC Racing Team itu mengekalkan kecemerlangannya apabila menamatkan aksi kali ini dengan catatan masa 14 minit 43.890 saat.

Juara milik pelumba Boscoscuro Talent Team-ciatt, Fermin Aldeguer, manakala rakan sepasukannya, Alonso Lopez, menamatkan pelumbaan di tangga kedua.

Sebagai rekod, Adam pernah beraksi dalam perlumbaan Moto3, Kejuaraan Dunia MotoGP dari 2016 hingga 2019.

Alhamdulillah shukor sgt2 oada mu ya Allah .Terimakasih byk2 pada kamu semua yg sentiasa mendoakan..tampa kamu semua...

Posted by Adam Ibrahim Norrodin on Sunday, 9 May 2021