Kehangatan ujian pramusim Kejuaraan Motosikal Asia (AARC) membunuh kegusaran wabak covid-19 menjelang pusingan pertama musim 2020 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula Jumaat ini.

Ketika ini, SIC menjadi medan pasukan menguji jentera dan keserasian kombinasi penunggang yang bakal merebut kejuaraan 2020.

Tumpuan Malaysia sudah pasti kepada musim yang bakal dihadapi Azlan Shah Kamarulzaman sebagai juara bertahan kelas perdana ASB1000cc

Ini di samping kehadiran beberapa nama berpengaruh permotoran dua roda, Markus Reiterberger dan Lorenzo Zanetti bagi musim ini.

"Setiap pelumba sudah menantikan saingan kali ini. Terdapat hampir 35 pasukan yang bersaing sementara dua pelumba bertaraf elit akan bersaing dalam musim kali ini," kata Pengarah Two Wheel Motor Racing (TWMR), Ron Hogg.

TWMR sebagai pengelola juga berpandangan kehadiran wabak covid-19 akan ditangani sebaik mungkin dalam penganjuran ARRC bagi musim 2020.

"Kami mengikuti perkembangan covid-19 ketika ini, setiap langkah pencegahan harus diambil bagi memastikan perkara tidak diingini berlaku."