Status import baru Terengganu menjadi tumpuan berikutan kehilangan pemain tengah, Petrus Shitembi, dan pertahanan, Chris Herd, akibat kecederaan.

Ia menyaksikan skuad bimbingan Nafuzi Zain itu terpaksa menggunakan pemain import Terengganu II selain pincang tanpa seorang pemain import dalam sesuatu perlawanan.

"(Pengambilan pemain baru bagi membantu kami) menghadapi perlawanan (Liga Malaysia) dan Piala AFC, sebab itu kami membuat keputusan memerlukan kesemua pemain import yang dibenarkan (didaftar) dalam kancah Liga Super dan Piala AFC," jelas pengurus Terengganu, Zulfadli Rozi, hari ini.

Ketika ini, dua nama hangat diperkatakan mengisi salah satu slot tersebut iaitu Lee Tuck atau Sanjar Shaakhmedov dengan kedua-duanya merupakan bekas pemain musim lalu.





"Yang pasti ada pertukaran cuma belum pasti sama ada akan mengikat seorang atau dua pemain.

"Ia bergantung kepada perbincangan di antara kami.

"Memandangkan sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, saya bagi bayangan awal bahawa salah seorang calonnya adalah (muka) baru sementara yang seorang lagi pernah beraksi untuk Terengganu."