Selangor FC serta skuad kebangsaan bakal kehilangan penyerang, Shahrel Fikri Md Pauzi selama lima hingga enam minggu selepas mengalami kecederaan yang ditimpanya ketika Gergasi Merah seri 2-2 dengan Sri Pahang semalam.

Shahrel dimasukkan sebagai pemain gantian dalam separuh masa kedua bagi mengambil alih tempat Daniel Asri.

Selangor ketinggalan terlebih dahulu menerusi jaringan Hidalgo Moreno sebelum Hein Thet Aung menyamakan kedudukan. Ifedayo Olusegun meletakkan Selangor di hadapan sebelum Sri Pahang memastikan kedua-dua pasukan berkongsi mata menerusi jaringan Abdul Malik Mat Ariff.