Ketua jurulatih Petaling Jaya (PJ) City, P. Maniam, pasrah dengan pemain hukuman penggantungan dua perlawanan yang dikenakan terhadap Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri.

Pemain tengah itu antara yang dihukum di samping pemain Selangor FC II, Hein Htet Aung sementara Jack Raymond Hindle (Kelantan FC) dan Alex Goncalves (Melaka United) diberi amaran keras supaya tidak mengulangi perbuatan sama berkasar dengan pengadil selepas Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersidang semalam.

Tonggak berusia 26 tahun itu terpaksa diketepikan dalam dua aksi penting menentang Terengganu pada 2 April dan Kuala Lumpur (7 April).

"Kami bakal kehilangan seorang pemain yang mustahak tetapi kami masih ada penggantinya.

"Ramai pemain seperti Mahali Jasuli yang boleh mengambil tempatnya termasuk pemain-pemain lain.

"Dia tetap bermotivasi malah dalam latihan pagi ini, dia menunjukkan komitmen 100 peratus.

"Walaupun dia tidak akan bermain dalam dua perlawanan selepas ini, dia tetap positif," kata Maniam.

Posted by PJ City FC on Saturday, March 27, 2021



Beto dihukum peggantungan ekoran tindakannya yang sengaja melakukan simulasi di dalam kotak penalti ketika menentang Melaka United fc pada 10 Mac lalu.

Maniam turut berdepan cabaran hebat untuk bertandang ke Kuala Terengganu tanpa kelibat penggempur utama, Darren Lok, yang masih dibelenggu kecederaan.

Bagaimanapun, dia pasti kelibat pemain lain turut akan memberi corak permainan yang sama hebatnya.

"Saya rasa Darren tidak dapat beraksi ketika menentang Terengganu kelak.

"Pemain simpanan seperti Muhammad Syahmi Zamri dan Khyril Muhymeen Zambri nampak bersedia yang main.

"Kami ada pengganti yang baik juga walaupun ketiadaan Daren akan dirindui selepas dia menunjukkan prestasi yang baik."