Insiden lewat permainan Kedah Darul Aman FC menentang Terengganu FC mencetus kontroversi susulan skuad Lang Merah dinafikan sepakan penalti walaupun bola tampak terkena tangan pertahanan Terengganu.

Keputusan pengadil menyebabkan pemain tengah Kedah, Fadzrul Daniel, hilang sabar apabila menolak pengadil sekurang-kurangnya tiga kali ketika sebelum dan selepas dilayangkan kad merah.



Ini komen jurulatih Kedah, Aidil Shahrin Sahak, "Saya boleh memastikannya 100 peratus, jelas bola terkena tangan namun saya tidak akan memberikan ulasan mengenai keputusan pengadil. Terengganu meraih penalti dalam insiden yang hampir sama. Saya membiarkan pihak pengadilan untuk menguruskan perkara ini.

"Saya berharap ia haruslah adil bagi kedua-dua pasukan kerana semua pihak telah berusaha sebaik mungkin di atas padang."

Jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain, pula berkata, "Saya mengetahui kemampuan dimiliki David Da Silva. Sebelum ini dia tidak cergas sepenuhnya dan kali ini dia sendiri yakin mampu beraksi dan menghasilkan jaringan buat pasukan."