Nafuzi mahu Terengganu beri saingan di Stadium Sultan Ibrahim 

By Shaiful Shamsudin 22 April 2021 2120
Nafuzi mahu Terengganu beri saingan di Stadium Sultan Ibrahim 

Pengendali Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain, menyifatkan pertemuan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Sabtu ini, sebagai peluang terbaik buat pasukannya untuk kekal bersaing merebut kejuaraan Liga Super musim ini.

Nafuzi, ketika ditemu bual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, hari ini menegaskan keputusan positif menjadi keutamaanya biarpun diselubungi isu ketumpulan penyudah penggempur utamanya, David Da Silva.

"Kami perlu tingkatkan fokus, dua perlawanan ini berjalan baik, suasana dalam pasukan juga nampak bagus.

"(Kehebatan) JDT tidak perlu ceritakan lagi, semua orang sudah tahu. 

"Kami mahu catat perkara positif. Kami hanya perlu fokus kepada persiapan untuk lawan JDT.

"Kalau main baik, Insya-Allah kami boleh capai," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, hari ini.


 

Ianya semakin hampir, kita pastinya ingin menampilkan sesuatu yang luar biasa bagi pertembungan besar ini, terus fokus, teruskan perjuangan TERENGGANU! 🏳️🏴🔥 #TerengganuFC #WeBleedBlackAndWhite #WINBACKMISSION

Posted by Terengganu Football Club on Wednesday, April 21, 2021

 

Kekalahan sememangnya menyukarkan misi skuad Peteh itu untuk menghambat Harimau Selatan di persada walaupun saingan Liga Super masih panjang.

Ia memandangkan skuad JDT dijangka kekal dominan hingga akhir musim ini terutama beraksi di gelanggang sendiri.

Anak buah Nafuzi ketika ini berada dalam momentum terbaik hasil kemenangan 1-0 dalam aksi terakhir menentang Kuala Lumpur City FC. 

Namun, prestasi semasa Da Silva menimbulkan persoalan terhadap kemampuan kelab Pantai Timur itu untuk membawa pulang sekurang-kurang satu mata.

"Persembahannya tidak seperti yang diharapkan. mungkin ada yang mengganggu fikirannya. 

"Selepas sembuh daripada kecederaan dan cergas 100 peratus, saya percaya dan yakin dia mampu bantu pasukan."
 
JDT merekodkan 18 kemenangan berbanding lapan oleh seteru itu sejak 2002.

 

About Author

Shaiful Shamsudin

Comment