Dalam Selangor FC merekodkan kemenangan ke atas Perak FC, skuad Gergasi Merah itu turut meraikan penjaga gawang mereka, Khairulazhan Khalid, yang capai 100 penampilan bersama mereka.

Lebih manis lagi, benteng terakhir Selangor itu tidak menyedari sudah beraksi 100 kali buat pasukannya sejak menyertai mereka dari Pahang pada 2015.

"Saya sendiri tidak menyangka telah beraksi 100 perlawanan namun bersyukur dan berbangga kerana bersama satu kelab terbaik di Malaysia," katanya.

Bagaimanapun, kesempurnaan yang dicari tidak kesampaian buat dia yang mesra disapa dengan panggilan Yan apabila pasukan dibolosi pada saat-saat akhir perlawanan.

"Clean sheet merupakan perkara yang sentiasa perkara yang dicari penjaga gol namun pasukan telah berusaha sebaik mungkin bagi memastikan kemenangan dalam perlawanan ini," katanya.

Secara keseluruhan, Selangor menang 3-1 hasil hatrik penyerang, Ifedayo Olusegun.

Bagi ketua jurulatih, Karsten Neitzel, berasakan sepatutnya jurang perbezaan jaringan seharusnya lebih besar.

"Selangor seharusnya menghasilkan lebih banyak jaringan sejak perlawanan yang lalu, namun perkara yang positif kami menghasilkan peluang bagi mendapat gol dan perkara yang perlu dilakukan selepas ini adalah permainan yang konsisten," kata Karsten.