KBS usaha buka pintu penyokong ke stadium 

By Shaiful Shamsudin 11 March 2021 313
KBS usaha buka pintu penyokong ke stadium 
Penonton tidak perlu menjalani ujian calitan untuk menyaksikan perlawanan Liga Malaysia (Liga-M) di stadium.

Penonton dijangka dapat lampu hijau ke stadium seawal, bulan depan, apabila Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, sedang memperincikan protokol pengurusan penonton untuk dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) minggu depan.

"Selagi ia tidak mengganggu gelembung sukan seperti di kawasan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat).

 

Malaysian Football League (MFL) yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Ab Ghani Hassan mengadakan mesyuarat...

Posted by Malaysian Football League on Thursday, March 11, 2021



"Individu yang di dalam padang, ada kontak maka perlu (menjalani ujian calitan)," katanya dalam Majlis Pelancaran Skim Pembiayaan Industri Sukan di ibu negara, hari ini. 

 

Hari ini, saya melancarkan Skim Pembiayaan Industri Sukan - satu daripada inisiatif Belanjawan 2021 oleh KBS bersama...

Posted by Reezal Merican Naina Merican on Thursday, March 11, 2021


Jumlah penonton bergantung kepada kapasiti dan jumlah pintu masuk stadium dengan nisbah 10 peratus daripada jumlah tempat duduk atau 4,000 orang -- mana yang lebih rendah.

Dalam masa sama, pengusaha fasiliti sukan yang terkesan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berpeluang mendapatkan bantuan kewangan menerusi skim pembiayaan industri sukan.

Sebanyak RM20 juta disediakan buat pengusaha mendapatkan pinjaman di bawah skim Tekun Nasional dan Bank Rakyat.

Usaha itu selaras dengan peruntukan Belanjawan 2021.
 

About Author

Shaiful Shamsudin

Comment