Jurulatih Selangor FC, Karsten Neitzel, enggan menjadikan insiden sepakan penalti kontroversi sebagai faktor utama kekalahan 1-2 The Red Giants kepada Kedah Darul Aman di tempat lawan, malam tadi.

Pakar taktikal dari Jerman itu sebaliknya menegaskan ia berpunca daripada kegagalan anak buahnya untuk memanfaatkan peluang jaringan dalam aksi ketujuh Liga Super itu.

"Kami cuma gagal menjaringkan gol.

"Saya tidak mahu menggunakan (alasan) itu ini, kami perlu gunakan kesempatan gol yang ada. Itulah punca (kekalahan) hari ini," katanya.

Dalam sidang media selepas perlawanan, dia juga tenang ketika diajukan soalan mengenai kedudukannya dengan jawapannya bermula dengan tawa kecil: "Saya tidak tahu, usah tanya saya."






Sementara itu, pertahanan muda, Sharul Nazeem Zulphakar, menganggap 'debut' bersama skuad senior tetap bermakna buat dirinya walaupun gagal membantu pasukan meraih kemenangan di Stadium MBPJ itu.

Dia yang diserap daripada pasukan kelab sokonga, Selangor FC II, tidak gugup ketika beraksi malah mampu menyukarkan jentera serangan lawan yang diketuai Kpah Sherman.

"Ketua pasukan, Brendan Gan, berpesan kepada saya agar tidak takut.

"Dengan kata-kata pemain senior, saya jadi lebih yakin.

"Mereka beri panduan saya kepada saya sepanjang perlawanan," katanya.