Cuti sudah habis buat Frank Bernhardt selepas direhatkan dalam tiga perlawanan apabila akan kembali memegang jawatan selaku ketua jurulatih UiTM FC bermula hari ini.

Suntikan nafas baru juga disediakan buat pakar taktikal dari Jerman itu untuk mengubah nasib The Lion Troops apabila pihak pengurusan UiTM FC sedia merombak beberapa pemain import dalam saingan pusingan kedua, lebih-lebih lagi selepas lapan perlawanan kemarau gol.

"Kamu mahu Bernhardt melihat kembali sistem yang digunakannya agar bersesuaian dengan pemain.

"Musim lalu, sistem yang sama berkesan terhadap pemain-pemain tetapi tahun ini, pemain tidak berkebolehan dengan sistem yang ada, " katanya dalam laporan wartawan Astro Arena, Syakirah Zulkifly.

UiTM sedia memberi peluang kedua buat Bernhardt yang akan dinilai prestasinya dalam tiga perlawanan, bermula berdepan Sri Pahang di tempat lawan pada Sabtu ini disusuli pertembungan dengan Terengganu (3 Mei) dan Kuala Lumpur City (8 Mei).

Posted by UiTM FC on Sunday, April 25, 2021


Dalam masa sama, pengurusan sedia merombak pemain import dalam usaha keluar dari tangga tercorot Liga Super.

"Pemain import dari Lubnan, Abou Bakr Al-Mel, tidak sesuai dengan permainan kami.

"Kami memerlukan pemain yang lebih kreatif dan agresif, jadi kami cari pemain antarabangsa yang lain di posisi tengah."