Sulaiman minta PFAM jaga kebajikan pemain

By Ammar Hakim 28 March 2020 28
Sulaiman minta PFAM jaga kebajikan pemain
Jurulatih UKM FC, Sulaiman Hussin, mendesak Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) memainkan peranan yang lebih luas dalam menjaga kebajikan pemain dengan menjadikan pakej prihatin oleh kerajaan sebagai contoh terbaik.

"Pemain serta jurulatih harus berusaha untuk mencari jalan untuk membantu persatuan atau kelab. Saya juga memohon pihak PFAM serta PJBM mencari jalan penyelesaian terhadap isu pemotongan gaji ini," kata Sulaiman.

"Persetujuan holistik harus diambil dalam hal ini, kesemua pihak harus peka terhadap perkara ini. Pemain tidak beraksi, jurulatih tidak berkhidmat dan sebagai individu yang prihatin kepada dunia ketika penularan wabak covid-19 perlulah melakukan tindakan yang sewajarnya," kata Naib Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), Datuk Richard Scully.

Penjaga gol Kuala Lumpur, Khatul Anuar, mengakui akan terkesan dengan potongan gaji apabila mendedahkan hanya mempunyai pendapatan kurang RM10,000 sebulan.

"Pemotongan gaji pemain bagi saya adalah tidak wajar. Tidak semua pemain memiliki gaji yang tinggi. Setiap pemain memiliki komitmen tersendiri," katanya.

"Jika Covid-19 berlarutan saya berasakan pemain dan persatuan perlu berbincang bagi mencari jalan penyelesaian."

About Author

Ammar Hakim

Comment