"Gergasi tidur" dalam bola sepak Malaysia akan bangkit semula.

Legenda bola sepak Sabah, Scott Ollerenshaw, bertekad untuk mengembalikan zaman kegemilangan skuad Badak itu sebaik dilantik selaku pengarah teknikal Sabah FC.

Pernah dikenali sebagai 'The Ginger Maradona', Ollerenshaw, yang juga pengesan bakat pemain berdarah campuran Malaysia, gemar berkongsikan pengalamannya sebagai pemain sewaktu zaman kegemilangan Sabah pada era 9o-an.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, dia berkata: "Saya fikir perbezaannya amat besar. Daripada prespektif seorang pemain, anda hanya perlu risau mengenai diri anda seperti prestasi, diet, tahap kecergasan, apa yang berlaku di atas padang dan perkara-perkara seperti itu.

"Sebagai pengarah teknikal, saya melihat peranan saya dari dasar pembangunan sehingga ke pasukan utama Sabah.

"Kami akan menangkap lebih ikan dalam kolam yang luas ini dan kami perlu memanfaatkan kawasan pencarian yang besar ini dan kemudian kami akan mencari pengganti Matlan Marjan dan Hassan Sani.

"Saya sudah terlibat dengan bola sepak sepanjang hidup saya, sebagai pemain, sebagai fasilitator, sebagai ejen, sebagai pelajar dalam setiap perlawanan dan saya amat mengenali bola sepak di Malaysia.

"Jadi, apa yang perlu saya tentukan sekarang daripada segi apa yang perlu dilakukan adalah sesuatu yang amat-amat penting dan saya percaya saya mempunyai pengalaman dan pengetahun untuk menyelesaikan tugasan ini.

"Saya sudah katakan sejak bertahun-tahun lalu bahawa Sabah FA atau kini Sabah FC merupakan gergasi yang sedang tidur dalam bola sepak Malaysia.

"Saya benar-benar percaya jika diberikan masa, kami mampu mencapai sesuatu untuk membangunkan gergasi yang sedang tidur ini pada masa akakn datang," katanya.