Jurulatih Felda United, Nidzam Jamil, menjadikan insiden kontroversi pertemuan terakhir menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) sebagai motivasi buat The Fighters untuk mengharungi perlawanan tanpa penonton di Stadium Sultan Ibrahim, esok.

Aksi Felda-JDT esok merupakan adalah perlawanan ulangan aksi penghujung liga musim lalu dengan skuad kendalian Nidzam hampir meraih kemenangan di Larkin.

Nidzam berharap Felda yang beraksi di Stadium Sultan Ibrahim tanpa kehadiran penonton ekoran penularan wabak covid-19 tidak merencatkan aksi mereka.

"Perlawanan terdahulu dengan JDT adalah pengalaman yang baik buat pasukan dan diri saya. Banyak pengajaran buat kami. Kami baru sahaja meraih keputusan yang baik ketika mengatasi Melaka sebelum ini, saya berharap mereka akan meneruskan momentum ini," kata Nidzam ketika diwawancara wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam