MFL akan beri pertimbangan kepada JDT

By Staff Writer 9 July 2020 1737
MFL akan beri pertimbangan kepada JDT
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sedia memberi pertimbangan kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk kekal beraksi dalam Piala Malaysia musim ini walaupun kejohanan itu akan bertembung dengan saingan liga Juara-Juara Asia (ACL), Oktober depan.

Pertembungan ini berlaku kerana saingan ACL akan berlangsung menerusi format satu tuan rumah bagi setiap kumpulan.

Ini bermakna, Harimau Selatan selaku wakil tunggal Malaysia dalam kejohanan itu perlu berada di sesebuah negara dalam tempoh tertentu.

Perkara itu dinyatakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Abdul Ghani Hassan, kepada wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Apa yang saya boleh katakan, JDT akan mewakili negara dalam kejohanan ACL dan seharusnya perlu ada pertimbangan sekiranya mereka terlibat dalam Piala Malaysia.

"Kami di MFL harus berasa bangga dengan tugas yang mengharumkan nama negara di luar dan MFL harus mempertimbangkan yang terbaik buat JDT,"  katanya hari ini. 
 

Thursday's training gang ⚽️ #JDT #TrainingSession #LuaskanKuasamuJohor

Posted by JOHOR Southern Tigers on Thursday, July 9, 2020


Menurut bekas pamain kebangsaan, Asmawi Bakiri, JDT seharusnya memberi tumpuan utama kepada saingan ACL.

"MFL perlu bekerjasama dan berbincang dengan JDT, kerana mereka mempunyai skuad kedua (JDT II) dan ia boleh digunakan dalam saingan Piala Malaysia.

"JDT masih mempunyai peluang terbuka untuk mara ke pusingan seterusnya sekiranya susunan pemain yang diturunkan dilakukan dengan betul," katanya pula.

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah menetapkan aksi kumpulan G akan bersambung semula pada 17 Oktober hingga 1 November depan di gelanggang berkecuali. 

Sementara itu, saingan Piala Malaysia akan berlangsung pada 17-18 Oktober dan akan berakhir pada 7 November mengikut ketetapan MFL.
 

About Author

Staff Writer

Comment