Bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid, dicanang-canang sebagai bintang terbaru Portimonense yang berpangkalan di Portugal.

Pemain berumur 23 tahun itu dilabel sebagai pemuda terbaik negara dengan kedua-dua pasukan mencapai kesepakatan untuk Safawi berkelana ke Eropah selama semusim dengan pilihan melanjutkan kontraknya setahun lagi dengan yuran yang tidak dinyatakan.

Kelab di wilayah Algarve itu telah mengikuti perkembangan pemain berkenaan sejak enam bulan dengan menyifatkan anak muda dari Terengganu tersebut sebagai pemain paling berbakat dan salah satu seorang pemain Asia yang menjanjikan masa depan yang cerah.

Menurut laporan akhbar O Jogo di Porto, perjanjian itu telah dimeterai semalam hasil hubungan baik Theodoro Fonseca dengan pemilik JDT, iaitu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Kelab itu tidak sabar-sabar lagi untuk melihat sejauh mana Safawi mampu menyesuaikan diri dengan bola sepak Portugis dan saingan Liga Perdana.

Pengurus, Paulo Sergio, turut menunjukkan minat untuk memiliki sekurang-kurangnya seorang lagi pemain sayap.

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) ingin mengesahkan bahawa kami telah menerima tawaran untuk Safawi Rasid dari...

Posted by JOHOR Southern Tigers on Tuesday, August 25, 2020


Entri terbaru laman sosial JDT turut mengesahkan ada menerima tawaran terhadap sentuhan Pemain Paling Bernilai 2019 itu.