Itu reaksi jurulatih Felda United, Nidzam Jamil, yang terdesak mahu anak buahnya keluar daripada situasi hampa tanpa mata penuh setakat ini.

"Kami tidak mahu mengatakan Felda melakukan kesilapan 'adik-adik' kerana ia sering menghukum pasukan hingga kehilangan mata," kata Nidzam.

Kenyataan Nidzam ternyata luahan kecewa apabila skuad kendalianya masih mengulangi kesilapan sama sehingga membawa kepada tiada kutipan mata buat Felda setakat ini.

Menerusi kegagalan pemainnya untuk mengekalkan fokus di atas padang sementara kesilapan asas yang sering menjadi punca yang membawa kelebihan pihak lawan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima Nidzam.

Felda kini berpeluang hari ini untuk menghabiskan saingan dengan senyuman lebar apabila bakal melayani kunjungan pendahulu Liga Super, Melaka.

"Melaka memiliki kesebelasan utama yang berpengalaman, ditambah barisan pemain simpanan yang mampu memberikan impak. Bagi saya, kami sentiasa berharap untuk meraih tiga mata dalam setiap perlawanan dan berpandangan perkara yang sama harus menjadi keutamaan walauapun berdepan pasukan seperti Melaka."

Kelebihan beraksi di laman sendiri perlu digunakan sepenuhnya walaupun anak buah Zainal Abidin Hassan turun ke Jengka dengan kredibiliti yang baik dengan enam mata terkumpul setakat ini.