FAM beri isyarat kehadiran penyokong di stadium 

By Shaiful Shamsudin 4 July 2020 95
 FAM beri isyarat kehadiran penyokong di stadium 
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, memberi bayangan bahawa 16 Julai ini sebagai tarikh bermulanya sesi latihan bersentuhan melibatkan pasukan Liga Super dan Liga Perdana. 

Ia susulan  perbincangan  melibatkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam yang dilihat menampakkan perkembangan positif.

Genap sebulan sesi latihan tanpa sebarang sentuhan, perkembangan terbaru ini sudah pasti memberi kelegaan buat barisan jurulatih dan juga pemain sebelum perkara itu akan dibawa secara rasmi ke MKN pada Khamis depan. 

Permulaan untuk sesi latihan normal adalah perkara yang ditunggu-tunggu buat pasukan yang sudah melewati persediaan kecergasan sejak bulan lalu.

 
Posted by Malaysian Football League on Wednesday, March 11, 2020


"Fasa seterusnya akan dilihat selepas 15 Julai.

"Kami berharap perbincangan semalam akan dibawa kepada KBS dan MKN, tarikh-tarikh itu adalah yang dibincangkan," kata Stuart.

Tambahnya, perbincangan untuk kesinambungan mengembalikan perlawanan akan diteruskan  dengan fasa akhir turut melibatkan kehadiran penonton di stadium sebaik liga bermula.

"Selepas fasa latihan sentuhan kontrak,  seterusnya permulaan liga dan kehadiran penyokong akan dibincangkan bersama MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

"Kami yakin prosedur operasi standard (SOP) kehadiran penyokong akan diterima," kata Stuart. 
 

About Author

Shaiful Shamsudin

Comment