Hakim Ziyech tidak meragui Chelsea mampu menjadi pencabar gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Selepas seri tanpa jaringan di laman sendiri dengan pendahulu liga, Tottenham Ahad lalu, skuad kendalian Frank Lampard menghuni tangga ketiga liga -- dua mata di belakang Spurs dan Liverpool.

Ziyech merupakan antara pemain yang dibawa masuk sebelum musim 2020-21 bermula dan sedang mengintai gelaran takhta liga pertama mereka sejak 2016-17, dengan pemain berusia 27 tahun itu telah memberikan impak, meledak satu gol dan melakukan tiga bantuan jaringan sementara melakukan 12 peluang dalam enam perlawanan.

Dan bekas bintang Ajax itu percaya skuad kendalian Lampard itu mampu menjadi pencabar.

"Sememangnya kami boleh mencabar musim ini," katanya.

"Anda mesti selalu mempercayainya. Ia bermula dari mempercayainya dan bekerja lebih keras setiap hari. Pada penghujung musim kami akan dapat melihat hasilnya.

"Tetapi anda harus percaya itu mungkin dan itulah yang sedang kita lakukan. Kami mempercayainya."

Seri dengan Tottenham menyaksikan Chelsea melanjutkan rekod tanpa kalah kepada 14 perlawanan -- paling lama sejak November 2018.

Ia merupakan seri tanpa jaringan antara kedua-dua kelab itu dalam saingan Liga Perdana Inggeris sejak November 2015.