Tuchel: Tamatkan kemarau gol EPL berikan Werner 'peratusan keyakinan terakhir'

By Muzaffar Musa 16 February 2021 756
Tuchel: Tamatkan kemarau gol EPL berikan Werner 'peratusan keyakinan terakhir'
Thumas Tuchel percaya gol yang dijaringkan Timo Werner ke atas Newcastle United akan memberikan penyerang Chelsea itu "peratusan keyakinan terakhir".

Werner menamatkan penantian jaringannya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak menewaskan Sheffield United pada 7 November lalu dengan menjaringkan gol kedua Chelsea ketika meraih kemenangan 2-0 awal pagi tadi.

Bekas penyerang RB Leipzig itu membantu jaringan pembukaan Olivier Giroud sebelum menggandakan jaringan itu bagi menamatkan kemarau 1,000 minit dan 31 percubaan tanpa menjaringkan gol.

"Bagi penyerang, peratusan keyakinan terakhir datangnya daripada jaringan," kata Tuchel dalam sidang media.

"Dia berusaha dengan amat gigih, dia amat kukuh. Dan sekali lagi hari ini, dengan satu bantuan dan satu jaringan, ia benar-benar aksi yang hebat daripadanya."
 
Kemenangan itu melonjakkan Chelsea ke tangga keempat EPL tetapi Tuchel berasakan Chelsea masih tidak cukup bagus di dalam kawasan penalti dan perlu memperbaiki perkara itu sebelum berdepan Atletico Madrid dan Manchester United.

Dia berkata kepada Sky Sport: "Saya menggemari babak pertama di mana kami bermain dengan keberanian dan banyak melakukan hantaran dalam kotak penalti dan melakukan banyak percubaan dan mengelakkan mereka daripada ke kotak penalti kami dan tidak membenarkan mereka memperoleh sebarang peluang.

"Sepanjang perlawanan ini, kami kekurangan ketepatan di dalam kotak penalti dan perlu membuat keputusan yang lebih berbahaya, lebih tepat dan tegas untuk mencipta lebih percubaan daripada separuh peluang kami."

About Author

Muzaffar Musa

Comment