Trippier bakal terlepas aksi pembukaan EPL

By Staff Writer 6 August 2017 296
Trippier bakal terlepas aksi pembukaan EPL
Pertahanan Tottenham, Kieran Trippier, bakal terlepas aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris dengan berkunjung ke Newcastle United selepas mengalami kecederaan buku lali ketika meraih kemenangan 2-0 ke atas Juventus dalam aksi persahabatan, semalam.

Pengurus Spurs, Mauricio Pochettino, mengakui pertahanan itu mungkin tidak dapat beraksi dalam perlawanan seterusnya selepas dia terpaksa diusung keluar dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Wembley itu.

Trippier mengalami kecederaan tersebut selepas bertembung dengan Alex Clash dan terpaksa dikeluarkan sebelum tamat separuh masa pertama.

"Kami perlu terus menilai keadaannya dan perlu menunggu keputusan pegawai perubatan kami," kata Pochettino.

"Kami berharap ia bukan satu masalah yang besar.

Ketiadaan Trippier akan menjadi satu kekosongan di bahagian bek kanan Spurs, selepas Kyle Walker mengambil keputusan untuk berhijrah ke Manchester City, dan Pochettino menyatakan pemain England bawah 20 tahun, Kyle Walker-Peters, masih belum bersedia untuk diserapkan ke dalam skuad utama.

"Kami masih lagi berusaha untuk mendapatkan beberapa pemain bagi memperkukuhkan skuad.

"Sukar untuk kelab seperti kami. Tetapi kami cuba mengikut perancangan dan cuba yang terbaik sebelum tamat jendela perpindahan ini dan mendapatkan pemain-pemain baru untuk pasukan ini."

About Author

Staff Writer

Comment