Virgil van Dijk telah membuktikan diri 'sukar untuk dipercayai' daripada setiap aspek sejak menyertai Liverpool, tetapi bekas pertahanan The Reds, Kolo Toure, berasakan penyerang mampu menghadirkan masalah kepada dirinya dalam situasi satu lawan satu.

Pertahanan kebangsaan Belanda, Van Dijk, menyertai Liverpool dari Southampton pada Januari 2018 dengan yuran perpindahan bernilai GBP75 juta.

Kehadirannya telah membentuk Liverpool menjadi empat pasukan terbaik liga sehingga pencabar utama takhta liga, selepas mereka tewas tipis pada musim 2018-19 Liga Perdana Inggeris (EPL) sementara memenangi Liga Juara-Juara (UCL).

Pengaruh Van Dijk kelihatan tidak berkurangan sehingga Liverpool menamatkan kemarau apabila menjuarai takhta liga buat kali pertama sejak 30 tahun yang lalu, sementara persembahannya terus menghadirkan aksi yang cemerlang.

Toure, bekas pertahanan Liverpool dan Celtic seperti Van Dijk, mengagumi pertahanan tengah itu tetapi berasakan penyerang boleh bernasib baik jika mereka lebih berani.

"Dia seorang pemain yang sukar untuk dipercayai," kata Toure. "Pemain terbaik, pantas, tinggi dan mampu melompat ke udara. Dia memiliki teknik, boleh mengubah permainan dengan hantarannya.

"Sudah lama saya tidak melihat pemain cuba untuk mencabarnya. Pada pandangan saya, itulah kelemahannya! Dia sangat tinggi dan jika anda mahu menyerangnya dengan bola, dia mungkin bergelut tetapi dia bijak mengawal situasi."

Toure merupakan sebahagian daripada skuad Liverpool yang melepaskan kejuaraan kepada Manchester City pada musim 2013-14, tewas yang dengan dua mata selepas Steven Gerrard terjatuh ketika tewas 2-0 kepada Chelsea.

Saat mengecewakan itu sentiasa menghantui Liverpool dan Gerrard sehinggalah mereka berjaya menamatkan kemarau kejuaraan liga musim ini.

"Sememangnya [mengubat kekecewaan pada 2014]," katanya. "Apabila anda bermain dengan pasukan seperti Liverpool… penyokong, suasana yang luar biasa. Kelab yang luar biasa.

"Buat masa ini, mereka adalah pasukan terbaik dunia. Jurgen Klopp melakukan tugas dengan baik."