Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, menuduh pihak berkuasa bola sepak gagal menjalankan tugas dalam membuat jadual perlawanan, menegaskan barisan pemain bukan mesin.

Jadual padat dan waktu rehat yang singkat telah diperkenalkan musim ini ekoran penangguhan saingan musim 2019-20 ekoran coronavirus, dengan City bakal menerima kunjungan Leicester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas meraih kemenangan dalam Piala EFL Khamis lalu.

City tanpa khidmat Gabriel Jesus dan senarai kecederaan pasukan semakin meningkat -- Sergio Aguero, Bernardo Silva, Joao Cancelo dan Oleksandr Zinchenko masih lagi berusaha untuk pulih daripada masalah kecergasan.

Guardiola -- yang memberikan seminggu waktu rehat sebelum permulaan musim selepas beraksi dalam suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) -- menyelar jadual peralwanan dan berkata, "Tiada kisah mengenai pemain, segalanya adalah mengenai perniagaan. Itulah realiti sebenar.