Bintang Bayern Munich, Thiago Alcantara 'tidak bersesuaian' dengan apa yang diperlukan jentera tengah Liverpool, menurut legenda The Reds, Steve Nicol.

Liverpool sebelum ini telah dikaitkan dengan Thiago selepas Ketua pegawai eksekutif Bayern, Karl-Heinz Rummenigge, bulan lalu dan mengesahkan pemain kebangsaan Sepanyol itu telah berhasrat untuk berhijrah.

Ketua jurulatih kelab Jerman itu, Hansi Flick, menggalakkan pemain berusia 29 tahun itu menyertai kelah Liga Perdana Inggeris (EPL) dan juara bertahan itu dipercayai berminat.

Legenda Liverpool, Nicol, tidak berasakan Thiago adalah pilihan pemain yang bersesuaian dengan corak permainan Jurgen Klopp, tetapi dia tetap akan menandatangani produk akademi Barcelona itu sebagai pilihan sokongan.

"Saya berasakan dia adalah pemain yang berkualiti dan mampu melakukan hantaran. Malangnya, dia tidak sesuai untuk corak permainan Liverpool buat masa ini," katanya.

"Ya, dia seorang yang berkemampuan, tetapi dia juga memiliki dinamik yang tersendiri. Dia perlu kerap berlari, menutup ruang dan memerlukan tenaga dalam setiap perlawanan."



"Ia merupakan kemahiran dimiliki hampir setiap pemain tengah Liverpool. Tetapi Alcantara tidak mempunyai kemahiran itu.

"Dalam masa sama, jika membawanya masuk ke dalam pasukan, dia boleh bermain dalam Piala FA, Piala Liga, anda boleh membawanya masuk untuk beraksi selama 30 minit untuk melakukan hantaran.

"Saya akan mendapatkan khidmatnya, seorang pemain yang berkualiti."

Thiago telah beraksi dalam 38 perlawanan buat Bayern dalam setiap perlawanan dan sebahagian daripada skuad yang melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) dengan mengatasi Barcelona 8-2, awal pagi tadi.