Raheem Sterling percaya dia ketinggalan 15 gol musim ini dan memberikan amaran kepada Manchester City perlu 'meningkat ke tahap lebih tinggi'.

Ia masih belum dapat dipastikan sama ada bola sepak Inggeris boleh diteruskan ekoran krisis coronavirus, atau perlu menghadapi jalan yang sama seperti di Belanda, di mana musim 2019-20 diabaikan.

20 gol yang disumbang Sterling untuk City dalam semua pertandingan menjadikan dirinya pemain paling konsisten menaburkan khidmat dalam skuad kendalian Pep Guardiola, walaupun mereka jauh ketinggalan kepada pendahulu liga, Liverpool.

Dan penyerang lincah itu berazam untuk meningkatkan lagi mutu permainan apabila saingan bola sepak bersambung, dahaga untuk mengejar gelaran.

"Saya berasakan ketinggalan 15 jaringan. Saya akan cuba mengejar sasaran itu sejurus saingan bersambung semula," kata Sterling.

City telah menjuarai Piala EFL musim ini dan mengejar Piala FA sebelum musim ditangguh bulan lalu.

Sterling menghargai nilai setiap kejuaraan termasuk kejayaan peribadinya bersama kelab namun dia berkata, "Kami masih lagi perlu meningatkan lagi mutu permainan ke tahap lebih tinggi.

"Bersama City, saya mempelajari nilai setiap kemenangan. Saya sangat kecewa jika mengalami kekalahan.

"Apabila kami berjaya meraih kemenangan demi kemenangan, ia telah membentuk mentaliti untuk memastikan setiap perlawanan berakhir memihak kami."