Harry Kane percaya Tottenham 'mampu hasilkan sesuatu yang istimewa' bagi musim 2020-21 selepas melakar rekod baru Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika menang 1-0 ke atas Burnley.

Kane melakukan lorongan jaringan kemenangan di Turf Moor awal pagi tadi, melakukan flik bagi rakan sepasukannya, Son Heung-min, menjaringkan gol pada minit ke-76.



Ia merupakan gol yang kesembilan terhasil oleh gandingan itu musim ini, sekaligus menyaksikan assist yang kelapan buat Kane.

Kane turut meledak lima kali, bermakna dia telah terlibat dalam 13 gol musim ini -- bilangan paling banyak oleh seorang pemain dalam skuad Spurs bagi enam perlawanan perama EPL musim ini.

Dengan Spurs melonjak ke tangga kelima, dua mata di belakang Everton dan Liverpool, Kane berasakan skuad kendalian Jose Mourinho itu berada dalam kedudukan terbaik untuk mengejar gelaran musim ini.

"Saya rasa kita berada di tahap di mana kita sudah begitu dekat selama bertahun-tahun, sebilangan besar kita telah bersama selama empat atau lima tahun," kata Kane kepada Sky Sports.

"Penambahan tahun ini sangat baik dan kami semua semakin berpengalaman. Kami tahu dengan pasukan yang kami ada dan pemain yang kami ada dapat melakukan sesuatu yang istimewa.


"Ini memastikan apabila anda datang ke tempat seperti ini anda berjuang untuk setiap mata dan keputusan. Bangkit semula dan berusaha untuk mendapatkan keputusan ini, ia merupakan keputusan yang bakal menjadi sangat bernilai pada penghujung musim nanti.

"Namun segalanya masih lagi di peringkat permulaan. Kami perlu mengambil satu perlawanan demi satu perlawanan. Kami masih banyak perlu belajar dan terus membina."