Luka Shaw dan Ole Gunnar Solskjaer tidak akan berdepan sebarang tindakan daripada Persatuan Bolasepak England (FA) berikutan komen mereka mengenai pengadil, Stuart Attwell, selepas Manchester United terikat 0-0 dengan Chelsea dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam.

United berasakan mereka telah dilayani dengan tidak adil susulan satu insiden dalam babak pertama di Stamford Bridge, di mana Attwell menggunakan video bantuan pengadil (VAR) untuk menilai sama ada bola terkena tangan Callum Hudson-Odoi dalam kawasan penalti atau tidak.

Insiden itu berlaku sekilas sebelum dia bertentangan dengan Mason Greenwood, yang turut dilihat menyentuh bola dengan lengannya.

Attwell dinasihatkan untuk menilai insiden itu menggunakan VAR tetapi masih tiada sepakan penalti diberikan buat United biarpun pertahanan sayap Chelsea itu kelihatan mengangkat tangannya sebelum terkena bola.

Shaw mendakwa dalam satu temu bualnya bersama Sky Sports selepas perlawanan itu bahawa Attwell memberitahu kapten United, Harry Maguire, bahawa memberikan mereka sepakan penalti "akan menimbulkan banyak pertikaian".

United kemudian mejelaskan bahawa Shaw tersalah dengar perbualan di antara Maguire dan pegawai itu.

Walaupun enggan mengulangi tuduhan Shaw, Solskjaer menyedari apa yang diperkatakannya dan enggan menarik balik dakwaannya sambil menegaskan insiden itu 100 peratus patut diberikan sepakan penalti.

Dia kemudian menuduh Chelsea mempengaruhi pengadil menerusi satu kandungan dalam laman web rasmi mereka.

Bagaimanapun, dengan komen yang dikeluarkan Shaw dan Solskjaer, kedua-dua mereka tidak akan menerima sebarang tindakan apabila FA tidak menganggap mereka melanggar sebarang undang-undang dan peraturan.