Semedo bakal perkuat kelab mini Portugal, Wolves 

By Shaiful Shamsudin 23 September 2020 193
 Semedo bakal perkuat kelab mini Portugal, Wolves 
Nelson Semedo mengucapkan selamat tinggal kepada Barcelona menjelang perpindahannya ke pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Wolves.

Pertahanan Barcelona dan Portugal itu dilaporkan sedia meninggalkan gergasi LaLiga berkenaan untuk menyertai Wolves sekali gus bergabung dengan rakan senegara Portugal yang terdiri daripada Nuno Espirito Santo, Ruben Neves, Joao Moutinho, Fabio Silva, Rui Patricio, Daniel Podence, Pedro Neto, Vitinha, Roderick dan Ruben Vinagre.

Semedo mengucapkan selamat tinggal kepada Camp Nou dalam catatan di Instagram hari ini tatkala Barca berhasrat mengimbangi aspek tangga gaji dan mengumpulkan dana. 

"Terima kasih banyak kepada Barcelona kerana memberi saya peluang bagi mememuhi impan saya untuk menyarung jersi ini, beraksi di Camp Nou, belajar dan menikmati permainan di samping pemain terbaik di dunia," tulisnya, 

"Terima kasih kerana menjadikan saya berkembang sebagai seorang pemain dan individu. Ia kenangan indah selama tiga tahun ini yang tidak akan saya lupakan sama sekali. 

"Terima kasih kepada rakan sekerja, kakitangan, peminat dan semua pihak yang membantu sejak saya tiba hingga hari ini. Saya mengucapkan selamat berjaya di dunia. Sentiasa bersyukur."
 


Semedo dipancing Barca daripada gergasi Portugal, Benfica, pada 2017.

Pemain berusia 26 tahun itu sempat memenangi dua gelaran LaLiga, Copa del Rey dan Supercopa de Espana sepanjang berpangkalan di Catulanya. 

Semedo membuat 32 penampilan LaLiga dan terbabit dalam 42 perlawanan sambil menyaksikan Real Madrid merampaskan kejuaraan liga selain dimalukan 2-8 oleh Bayern Munich dalam suku akhir Liga Juara-Juara (UCL).

About Author

Shaiful Shamsudin

Comment