Liverpool memperoleh kedudukan teratas empat terbaik dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) kini akan menjadi satu kejutan berikutan penurunan dramatik musim ini, menurut bekas pemain tengah Reds, Jamie Redknapp.

Masalah kecederaan menjadi pematah peluang Liverpool mempertahankan kejuaraan, dengan kapten, Jordan Henderson, antara terbaru dalam senarai tersebut.

Pemain kebangsaan England itu dijangka diketepikan sehingga April selepas menjalani pembedahan pangkal paha ketika tewas kepada Everton dalam aksi derby Merseyside.

Liverpool ditangga keenam liga dengan berbaki 13 perlawanan, dengan prospel realistik menjangkakan mereka akan jatuh lagi jika Everton dan Aston Villa meraih kemenangan kelebihan perlawanan masing-masing.

Mereka kini telah tewas enam daripada sembilan perlawanan, sebanyak yang mereka alami dalam 100 perlawanan sebelumnya.

"Lawan telah menemui jalan," kata Redknapp.

"Apabila West Brom tiba di Anfield, mereka bertahan dan membenarkan Liverpool melakukan hantaran ke dalam kotak dan kerena mereka tidak memiliki penyerang berkelebihan secara fizikal -- anda akan sekadar menghantar bola ke dalam kotak sahaja.

"Liverpool bergelut, terutama ketika mereka ketinggalan, bagi mencari jawapan.

"Ia akan hadir, semestinya ia akan hadir, tetapi ketika ini segalanya yang dihadapi Liverpool adalah kesukaran, apabila anda bersama pasukan ayng bergelut menemui rentak, perkara asas sekalipun gagal dilakukan dengan baik.

"Mereka mungkin tidak mengakhiri saingan di kelompok empat terbaik. Ia bukan lagi satu kejutan -- apa yang mengejutkan jika mereka berjaya melakukannya dengan prestasi yang mereka miliki ketika ini.

"Tiada apa yang menggerunkan mengenai Liverpool ketika ini. Keputusan Liverpool hingga penghujung musim akan ada naik dan turun."


Kembalinya pengaruh pertahanan Virgil van Dijk dan penyokong yang kembali ke Anfield diketengahkan oleh Redknapp sebagai faktor yang harus memastikan kembali ke musim depan.

Tetapi merenung kesengsaraan mereka bagi musim 2020-21, dia menegaskan kecederaan bukan satu-satunya masalah, barisan pemain pasukan turut bergelut menemui rentak.

"Satu perkara yang anda tidak boleh dinafikan adalah tahap pasukan menurun," tambah Redknapp.

"Sekiranya anda melihat keseluruhan pasukan, penjaga gawang tidak begitu baik, Trent Alexander-Arnold, tahun lalu dan tahun sebelumnya, tahapnya begitu tinggi.

"Bek kanan terbaik dunia seperti yang diperkatakan, tetapi dia bukan lagi pemain yang sama tahun ini.

"Namun saya yakin mereka akan kembali bermain dengan lebih baik pada masa akan datang. Mereka turut mengetahuinya, mereka perlu berusaha dengan lebih baik."

Liverpool bertandang untuk bertemu Sheffield United Ahad ini.