Ole Gunnar Solskjaer enggan tertarik dengan perkembangan Manchester United dalam jendela perpindahan selepas dilaporkan mereka semakin hampir mendapatkan khidmat Jadon Sancho.

United dikatakan hampir mendapatkan persetujuan dengan Borussia Dortmund untuk menandatangani khidmat pemain sayap England itu.

Solskjaer tidak memberikan maklum balas apabila ditanyakan jika United sedang berusaha untuk menyempurnakan perpindahan itu awal awal kali ini.

"Jendela perpindahan ini panjang, jika terdapat berita baru, kami akan memaklumkannya kepada anda," kata pengurus United itu.

Solskjaer mendedahkan perancangan untuk menurunkan pasukan yang sama beraksi dalam aksi pertama untuk perlawanan kedua pusingan 16 Liga Europa (UEL) berdepan LASK awal pagi esok.

Pertahanan, Luke Shaw (buku lali) dan Axel Tuanzebe (kaki) tidak akan mengambil bahagian dalam perlawanan yang berlangsung di Old Trafford.


"Axel masih lagi dalam proses pemulihan daripada pembedahan di bahagian kaki, dia akan kembali beraksi September ini. Sama seperti Luke, akan bersedia untuk musim hadapan."

"Jesse [Lingard] akan turun beraksi berdepan Lask, tetapi pasukan tidak akan begitu berbeza berbanding dengan perlawanan berdepan Lask Mac lalu.”